Tuanku Muhriz Tidak Hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Fokus Istiadat Undang Luak Jelebu

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, memutuskan untuk tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi memberi tumpuan kepada urusan negeri, khususnya Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan akhbar Istana Negeri Sembilan yang dikeluarkan oleh Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Aziz bin Mohamad Ali, pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, kehadiran ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak memerlukan jemputan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan laporan media yang mendakwa Tuanku Muhriz dilaporkan menerima jemputan untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.

Istana Negeri Sembilan turut menjelaskan bahawa Tuanku Muhriz tidak menerima sebarang surat atau warkah jemputan daripada Pengerusi Mesyuarat bagi menghadiri Mesyuarat Pra-Majlis Raja-Raja (Pre-Council Meeting).

Bagaimanapun, Tuanku Muhriz telah memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan sebaliknya memberikan tumpuan kepada urusan negeri di Negeri Sembilan.

Antara urusan yang menjadi keutamaan ialah Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu.

Dalam pada itu, Istana Negeri Sembilan menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung perkara tersebut sebelum ini kepada mana-mana pihak atau media.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan kedudukan sebenar berhubung laporan media berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles