Nepal Keluarkan Senarai Nama 51 Rakyat Malaysia Yang Gagal Dikesan

KATHMANDU: Seramai 537 warga asing dari lebih 30 negara dilaporkan hilang susulan kejadian banjir kilat besar di daerah Rasuwa, Nepal.

Senarai berkenaan dikeluarkan Jabatan Pelancongan Nepal pada petang Khamis menerusi laman web rasminya di bawah Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Penerbangan Awam Nepal.

Menerusi senarai bertajuk “Tourist List (Out of Contact) in Bhotekoshi Flood”, pihak berkuasa menyenaraikan nama, kewarganegaraan, usia serta agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan individu berkenaan.

Apa yang membimbangkan, 51 rakyat Malaysia dikenal pasti antara pelancong yang masih belum dapat dikesan.

Kesemua mereka dilaporkan menggunakan khidmat beberapa agensi pelancongan, termasuk Leaf Holiday, Fishtail, Dream Tibet Travel and Tour serta Kailash Journeys.

Antara rakyat Malaysia yang disenaraikan ialah Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, Mohd Nohan Salim, Mohd Padzil Daros, Muhamad Nasir Abdul Talib, Muhammad Haziq Ismail, Jason Ngeow, Raman Supramaniam, Saratha Alagappan dan Vijayan Perumal.

Turut tersenarai ialah A Ganesan Anandan, Appannah A Muthaloo, Arunasalam Karuppiah, Azman Karim, Balasingam Kesavan, Brabaakaran Krishnan, Eswary Mani Raj, Gunanesan Vellaisamy dan Gunavathy Muthusamy.

Senarai itu turut merangkumi Inthumathy Subramaniam, Kalai Mathe Karuppaiah, Kalaiselvi P Narayanasamy, Kannan Kerisna, Karunanithi Sundram, Kirubanithi Alagappan, Komathi Rethinam, Krishnan Vadivelu dan Letchumy Sinnappan.

Nama lain termasuk Lingam Samykanoo, Malani M Vellu, Mangala Vanan Krishnasamy, Murukan Supramaniam, Nahentran Ganasan, Navein Palani, Neelavany Marimuthu, Padmahwathi A Govindasamy dan Poobalan Murgaya.

Turut belum dapat dikesan ialah Poornima Alagappan, Rajita Sivan, Ravindar Ayyavoo, S Gomathi Sitoralingam, S Ramu Sawasamy, Santhanaletchmi Tiruganasambandam, Saraswathi Nagaratnam, Shabuddin Mun dan Suguna Balan.

Senarai berkenaan turut menyenaraikan Thanapalan Muthoo, Vallie Palaniasamy, Vanajah Vadival, Vennila Muniandy dan Yougesvari Subramaniam.

Dalam perkembangan sama, India mencatatkan jumlah warga negara tertinggi yang dilaporkan hilang, iaitu seramai 178 orang.

Ia diikuti Amerika Syarikat dengan 65 orang, manakala Ukraine merekodkan 53 orang.

Pihak berkuasa Nepal setakat ini menyenaraikan mereka sebagai “out of contact”, bermakna individu berkenaan masih belum dapat dihubungi atau dikesan susulan kejadian banjir.

Kejadian banjir kilat di kawasan Bhotekoshi, Rasuwa itu mencetuskan operasi mencari dan menyelamat, terutama membabitkan pelancong serta individu yang berada di kawasan terjejas. – BERNAMA

BBerkaitan

Latest articles