Jerebu: Sekolah Di Lapan Daerah Selangor Ditutup Esok

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di bawah pentadbiran lapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor tidak akan beroperasi esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu.

Jabatan Pendidikan Selangor (JPNS) dalam kenyataan terbaharu memaklumkan, penutupan itu membabitkan sekolah di daerah Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Sepang, Petaling Perdana dan Petaling Utama.

Bagaimanapun, sekolah di bawah pentadbiran PPD Hulu Selangor dan Sabak Bernam akan beroperasi seperti biasa, namun semua aktiviti luar bilik darjah di kedua-dua daerah berkenaan tidak dibenarkan.

JPNS meminta ibu bapa, penjaga, murid serta seluruh warga pendidikan mengambil maklum mengenai keputusan itu dan sentiasa mengikuti saluran rasmi jabatan berkenaan untuk mendapatkan perkembangan terkini.

Sebarang perubahan status pengoperasian sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JPNS dari semasa ke semasa.

BBerkaitan

Latest articles