KUALA LUMPUR: Zetrix AI Bhd memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan bersama yang sedang dijalankan terhadap syarikat itu dan MyEG.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat berkenaan menegaskan operasi perniagaannya tidak terjejas susulan siasatan berkenaan.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas terhadap pertanyaan Bursa Malaysia Securities bertarikh 14 Oktober, susulan laporan The Edge Malaysia pada 13 Oktober bertajuk Police say six witnesses questioned in probe into MyEG, Zetrix AI.
Zetrix AI turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan penting berkaitan perkara itu akan diumumkan kepada Bursa Malaysia menerusi saluran rasmi sekiranya perlu.










