Loke Hanya Geleng Kepala, Enggan Ulas Permintaan Anwar Kekal Dalam Kabinet

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook memilih untuk tidak mengulas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya beliau meneruskan tugas sebagai Menteri Pengangkutan.

Beliau sekadar menggelengkan kepala sambil mengangkat tangan ketika diasak petugas media untuk mendapatkan reaksinya selepas menghadiri Program Yakin Madani di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes), hari ini.

Terdahulu, Anwar ketika berucap merasmikan program berkenaan meminta Loke menyambung tugasnya secepat mungkin, mengambil kira kepentingan Kementerian Pengangkutan dalam menyediakan kemudahan perhubungan dan prasarana kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata, beliau menghormati serta memahami alasan peletakan jawatan yang dikemukakan Loke, namun menegaskan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara perlu diberikan keutamaan.

Pada 10 November lalu, Loke mengumumkan peletakan jawatannya dalam Kabinet berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah.

Bagaimanapun, Loke bersama Ahli Parlimen DAP lain kekal menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri.

BBerkaitan

Latest articles