Bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail meninggal dunia pada Khamis malam, kira-kira jam 9 malam.

Berita pemergian Allahyarham disahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar ketika dihubungi Bernama.

Pemergian tokoh perundangan negara itu menandakan kehilangan seorang figura yang pernah memainkan peranan penting dalam landskap kehakiman dan perundangan Malaysia.

Allahyarham merupakan Peguam Negara kelapan dan memegang jawatan itu selama kira-kira 13 tahun, bermula 1 Januari 2002 hingga Julai 2015.

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang perundangan sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Kota Kinabalu, Sabah pada 1980 sebelum dilantik sebagai Peguam Kanan Persekutuan Sabah pada 1985.

Sepanjang perkhidmatannya, Allahyarham pernah mengetuai Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara serta Bahagian Penasihat dan Antarabangsa sebelum dilantik sebagai Peguam Negara.

Antara kes berprofil tinggi yang pernah dikendalikan beliau termasuk perbicaraan kes liwat membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pendakwaan beberapa kes jenayah dan rasuah berprofil tinggi.

Beliau menamatkan perkhidmatan sebagai Peguam Negara pada 27 Julai 2015 sebelum bersara daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan pada Oktober tahun sama.

BBerkaitan

Latest articles