Doktor Yang Merawat Ismail Sabri Ditemubual SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengadakan perjumpaan dengan doktor yang merawat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber SPRM memaklumkan, pegawai penyiasat agensi itu menemui doktor berkenaan di hospital tempat beliau berkhidmat di Selangor sekitar jam 3.30 petang.

Sesi temu bual ini berlangsung sehari selepas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengumumkan bahawa rakaman percakapan Ismail Sabri ditunda ke 13 Mac depan atas faktor kesihatan.

Ahli Parlimen Bera itu sepatutnya menghadiri sesi tersebut hari ini tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana masih cuti sakit.

Ismail Sabri dimasukkan ke hospital sehari selepas media melaporkan penahanan empat pegawainya oleh SPRM.

Penahanan itu membawa kepada rampasan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing bernilai RM170 juta, jongkong emas bernilai RM7 juta, serta koleksi jam tangan mewah dari sebuah premis yang dipercayai sebagai ‘safehouse’.

BBerkaitan

Latest articles