Remaja Maut Dirempuh Lori Ketika Turun Dari Bas

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori sebaik turun dari bas dalam kejadian di Jalan Kampung Melayu Raya, Pontian, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada pukul 7.45 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa baru sahaja turun dari sebuah bas yang berhenti di bahu kiri jalan sebelum cuba melintas. Namun, sebuah lori jenis Hino yang datang dari arah sama gagal mengelak dan melanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, polis meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian atau pegawai penyiasat, Inspektor Tong Siew Fen di talian 010-209 0396.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” tambahnya.

BBerkaitan

Latest articles