Wanita Lebam Ditumbuk Kerana Lambat Buka Pintu Untuk Suami

TAWAU: Gara-gara terlambat membuka pintu bilik sewa, seorang wanita menjadi mangsa lepas geram suaminya apabila ditumbuk di bahagian lengan,

Dalam kejadian jam 12.01 tengah malam itu di Jalan Dunlop, Tawau, warga asing berusia 30-an itu menumbuk lengan kiri isterinya yang berusia lingkungan 50-an, menyebabkan mangsa kesakitan selain lebam sebelum membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh, berkata sepasukan pegawai dan anggota kemudian menahan suspek kira-kira jam 1.50 petang keesokan harinya di tepi jalan sekitar pusat bandar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

BBerkaitan

Latest articles