KUALA LUMPUR: Jenama kecantikan terbaharu, Vita Love, secara rasmi melancarkan produk makanan tambahan kecantikan yang diformulasikan khas untuk membantu wanita tampil sihat, bertenaga dan berseri secara dalaman.
Mengangkat tema “Love Yourself First, and Everything Flows”, Vita Love menggalakkan semua wanita untuk memulakan perjalanan kesihatan dan kecantikan dengan mencintai diri sendri terlebih dahulu.
Pengasas VitaLove, Siti Norfarahin Mohd Shsrif optimis bahawa produk ini mampu menjadi pilihan utama wanita moden, khususnya mereka yang sibuk dengan tanggungjawab keluarga dan kerjaya.
“Vita Love mampu membantu anda mendapatkan kulit berseri dengan kesan anti penuaan, menjadikan kulit lebih licin, serta membaiki kerosakan kulit.
“Produk ini juga mampu meransang pertumbuhan kolagen secara semula jadi dan menghilankan bintik hitam untuk penamilan yang lebih sihat dan menawan,” katanya pada majlis pelancaran Vita Love pada Sabtu, 22 Februari, bertempat di Bamnoo Hill, di sini.
Pelancaran itu turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti terkenal, Bella Astilah dan Penyanyi yang juga Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke-39, iaitu Nadeera.
Dalam pada itu, turut berkongsi mengenai khasiat Vita Love, pengasasnya berkata ia dirumuskan khas dengan ekstrak buah-buahan premium seperti Oren, Pic, dan Beri yang kaya dengan antioksidan, serta diperkaya dengan bahan berkualiti untuk kesihatan kulit menyeluruh.