Terperangkap Aplikasi Cari Kenalan, Lelaki Rugi RM9,000 Gara-gara Video Bogel

GOMBAK: Seorang lelaki berusia 23 tahun menanggung kerugian RM9,000 selepas diugut seorang wanita yang dikenalinya melalui aplikasi cari kenalan, Tantan, dengan ancaman untuk menyebarkan video bogelnya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Batu Caves, Rabu lalu selepas tidak tahan diugut berulang kali oleh wanita terbabit.

Menurut beliau, mangsa berkenalan dengan suspek melalui aplikasi tersebut sebelum mereka bertukar nombor telefon dan berhubung rapat melalui WeChat.

“Suspek menunjukkan minat terhadap mangsa dan melakukan panggilan video sebelum meminta kedua-duanya menanggalkan pakaian. Tidak lama selepas itu, wanita berkenaan menghantar mesej ugutan melalui WhatsApp dan mengancam menyebarkan rakaman video bogel mangsa sekiranya tidak dibayar wang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akubat ketakutan, mangsa akhirnya membuat dua transaksi ke akaun bank digital yang mempunyai kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) seperti diarahkan suspek, dengan jumlah keseluruhan RM9,000.

Namun selepas pembayaran dilakukan, wanita itu terus menghilangkan diri.

Menyedari dirinya diperdaya, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis bagi mengelak rakaman itu disebarkan.

Noor Ariffin berkata, pihaknya kini sedang berusaha mengenal pasti pemilik akaun bank digital dan nombor telefon yang digunakan untuk menghubungi mangsa.

“Siasatan dijalankan bagi menjejak suspek dan memastikan individu lain tidak menjadi mangsa taktik sama,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles