Tengku Zafrul Kini Ahli PKR Ampang

KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kini rasmi menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengesahkan spekulasi perpindahan politiknya selepas keluar daripada Umno.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, berkata permohonan Tengku Zafrul untuk menyertai parti komponen Pakatan Harapan itu diluluskan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada mesyuarat 26 Julai lalu.

“Ya, beliau kini ahli PKR. Permohonan sudah pun diluluskan,” kata Fuziah ketika dihubungi.

Semalam, Bernama melaporkan Tengku Zafrul turut mengesahkan beliau mendaftar sebagai ahli PKR Ampang.

Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatan dalam Umno pada 30 Mei lalu, sekali gus melepaskan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Ketua Umno Kota Raja.

Beliau menyertai Umno sejak 1997, namun lebih dikenali sebagai teknokrat selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac 2020, jawatan yang dikekalkannya di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Keahliannya dalam Umno hanya menjadi perhatian umum menjelang PRU15, apabila beliau diumumkan sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor, namun tewas.

Pada April 2024, Tengku Zafrul melepaskan jawatan Bendahari Umno Selangor, mendakwa tiada usaha serius memperkukuh parti itu di negeri berkenaan selepas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

BBerkaitan

Latest articles