Tengku Zafrul Dilantik Penasihat Kanan Politik PM

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, kini kembali menggalas peranan penting di Putrajaya apabila dilantik sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri berkuat kuasa semalam.

Pelantikan tersebut diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri Malaysia dalam satu kenyataan rasmi, yang memaklumkan beliau akan memegang jawatan itu bagi tempoh dua tahun.

Jawatan berkenaan diwujudkan bagi mengisi kekosongan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri menaruh keyakinan tinggi agar Tengku Zafrul dapat menunaikan tanggungjawab baharu tersebut dengan penuh dedikasi dan rendah hati demi memastikan kestabilan politik serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Tengku Zafrul sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara selama enam tahun.

Kariernya di Dewan Negara bermula pada 10 Mac 2020 apabila mengangkat sumpah sebagai Senator untuk memegang portfolio Menteri Kewangan.

Beliau kemudiannya menyambung penggal kedua sebagai Senator pada 3 Disember 2022 sebelum menamatkan khidmat rasmi di Dewan Negara pada 2 Disember tahun lalu.

Selepas itu, Tengku Zafrul dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), agensi utama promosi pelaburan negara, bermula 3 Disember tahun lalu bagi tempoh dua tahun.

BBerkaitan

Latest articles