LUMUT: Seorang lelaki cedera parah selepas dipercayai ditetak oleh adik kandungnya sendiri dalam satu pergaduhan di sebuah rumah di Ayer Rawat, Sitiawan, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar 1.30 petang sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.
“Mangsa berusia 56 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Seri Manjung,” katanya...
SEREMBAN: Seorang guru yang juga warden asrama di sebuah sekolah di Batu Kikir, Jempol dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun pada tahun lalu.
Tertuduh, Nazrulhisham Mahmud, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Berdasarkan kertas pertuduhan, guru itu didakwa melakukan perbuatan berunsur amang seksual terhadap mangsa...
Perkongsian daripada akaun Instagram @istana_negara semalam yang memaparkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersantap roti tempayan di sebuah kedai di...