KLANG: Dua beranak ditemukan maut selepas mayat mereka ditemui terapung berhampiran Jeti Pulau Ketam, pagi tadi, dalam insiden yang kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah, kejadian disedari seorang lelaki tempatan kira-kira jam 7.30 pagi apabila terlihat seorang kanak-kanak perempuan terapung di laut sebelum bertindak menyelamatkannya dengan bantuan orang awam.
“Bagaimanapun, sebaik dibawa naik ke jeti, kanak-kanak...
PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara ke-17, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, menegaskan komitmennya untuk memelihara kebebasan institusi kehakiman, meskipun tidak menafikan latar belakang politik yang pernah mewarnai kerjayanya sebelum ini.
Dalam ucapan sulung sempena pelantikannya yang diraikan dalam satu majlis di Istana Kehakiman, beliau berkata tidak mampu mengubah sejarah, namun berikrar akan menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh integriti.
“Saya tidak boleh memadam sejarah, politik atau...