KUALA LUMPUR: Usaha Malaysia yang berjaya menjadi orang tengah dalam menyatukan Thailand dan Kemboja untuk mencapai perjanjian gencatan senjata mendapat pujian Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa pujian itu disampaikan Trump sendiri menerusi panggilan telefon seawal jam 6.50 pagi, Khamis lalu.
“Beliau kata 'Prime Minister Anwar, fantastic work’. Malah, beliau ulang perkataan ‘fantastic’ tiga kali, tanda kekaguman beliau...
KOTA KINABALU: Tiga pelajar yang dipanggil memberi keterangan berhubung kes kematian tragis pelajar Tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir, masih bersekolah di institusi yang sama dan tidak dikenakan sebarang tindakan gantung atau buang sekolah.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Pendidikan Sabah, Raisin Saidin, yang turut menafikan dakwaan mengaitkan pelajar terlibat dengan mana-mana individu berprofil tinggi.
“Tiada seorang pun daripada tiga pelajar tersebut diberhentikan daripada sekolah. Mereka juga...