Rangka Manusia Dijumpai Di Ladang Sawit

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia ditemui orang awam di sebuah ladang kelapa sawit di Siliau, Lukut, Port Dickson pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Port Dickson Muhamad Mustafah Hussin berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkenaan penemuan itu kira-kira 10.10 pagi tadi.

“Penemuan itu disedari orang awam yang mahu membaiki paip bocor di kawasan itu, mereka menjumpai satu tengkorak dan beberapa tulang dipercayai anggota badan manusia,” katanya dalam kenyataan.

Mustafah berkata pemeriksaan di kawasan itu tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri, pakaian atau senjata selain tiada sebarang kesan perlakuan jenayah dikesan.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada ketua polis Balai Lukut, Lim Hooi Boon di talian 06-6472222,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles