Proses Gali Semula, Bedah Siasat Kali Kedua Mayat Zara Qairina Akan Dilakukan Segera

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan prosedur menggali semula mayat pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, dalam masa terdekat bagi menjalankan bedah siasat tambahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar, berkata tindakan itu dibuat berpandukan Seksyen 331 dan Seksyen 335 Kanun Tatacara Jenayah, selepas laporan siasatan awal diteliti dan dinilai oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Penilaian tersebut mendapati terdapat keperluan untuk menggali semula mayat Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan. Langkah ini bertujuan mendapatkan maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan untuk melengkapkan siasatan kes kematiannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar menegaskan, polis komited memastikan keadilan ditegakkan dengan menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang, fakta dan keterangan yang sahih.

Menurutnya, siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk semula kepada AGC dalam masa terdekat.

BBerkaitan

Latest articles