Polis Tahan Guru Besar Disyaki Cabul Murid Lelaki Tahun 6

MELAKA: Seorang wanita tampil membuat laporan polis mendakwa anak lelakinya yang berusia 12 tahun menjadi mangsa cabul guru besar di sebuah sekolah rendah di negeri ini.

Terdahulu sumber memaklumkan anak sulung daripada tiga beradik itu mendakwa kejadian berlaku pukul 8 pagi 29 Julai lalu ketika dia bersama dua rakannya pergi ke tandas sekolah sebelum suspek memasuki tandas.

“Suspek kemudian dikatakan meminta rakan mangsa balik ke kelas tanpa menyedari seorang lagi rakannya berada di dalam tandas sebelum memeluk kanak-kanak itu dari belakang sambil memegang punggungnya dan berbisik ‘I love you’.

“Guru besar terbabit memaksa mangsa membalasnya menyebabkan murid itu terpaksa menjawab ‘I love you too’ dalam keadaan ketakutan,” katanya sebagaimana memetik laporan Malaysia Gazette.

Ibu mangsa yang juga pengadu mendakwa, kejadian sama pernah berlaku pada Jun lalu ketika dia dan rakannya pergi ke pejabat suspek selepas diminta membantu meletakkan klip pada sijil.

“Secara tiba-tiba suspek memeluk, meraba punggung, dada dan kemaluan pengadu sambil disaksikan rakannya itu namun tidak menceritakan kejadian itu kepada ibunya kerana takut dimarahi.

“Bagaimanapun kanak-kanak berkenaan akhirnya terpaksa meluahkannya kerana tidak tahan dengan gangguan seksual yang dilakukan guru besar berkenaan,” tambahnya

Dalam pada itu polis mengesahkan penangkapan guru lelaki berusia 58 tahun itu.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek ditahan sepasukan anggota polis yang bertugas di Cawangan D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka jam 9 malam tadi berkait kes terbabit.

“Polis mengesahkan telah menerima laporan mengenai kes disiasat dan suspek berusia 58 tahun ditahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati negatif dadah dan penahan suspek dibuat untuk tempoh 24 jam sebelum diberikan jaminan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BBerkaitan

Latest articles