Polis Sahkan Suami Pamela Ditahan

KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh memasuki episod baharu apabila polis menahan suaminya yang bergelar Datuk Seri, awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan tangkapan dibuat di sekitar ibu kota, namun cubaan polis untuk mendapatkan perintah reman ke atas lelaki berusia 50-an itu ditolak oleh mahkamah.

“Dia masih dalam tahanan polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” kata Rusdi ketika dihubungi.

Pamela, yang sebelum ini dijadual menghadiri satu temu janji penting di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, dilaporkan hilang secara misteri pada 9 April lalu ketika menaiki kenderaan e-hailing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini mendedahkan bahawa siasatan turut menjurus kepada suami mangsa sebagai antara individu berpotensi terlibat dalam kes penculikan tersebut.

“Kita tidak menolak kemungkinan wujud penglibatan secara langsung atau tidak langsung daripada suami mangsa,” katanya dalam kenyataan sebelum ini.

Bagaimanapun, setakat ini pihak berkuasa masih merahsiakan butiran siasatan dan motif sebenar di sebalik kehilangan usahawan wanita itu.

BBerkaitan

Latest articles