PN Adakan Mesyuarat Tergempar

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) pada petang ini mengadakan satu mesyuarat tergempar yang diadakan di MET Corporate Tower, Dutamas, dan bermula jam 3 petang tadi.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dijangka berlangsung selama dua jam.

Selain Muhyiddin selaku Presiden Bersatu; turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Hadir sama Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali dan Pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz.

Selain itu, turut hadir Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), P. Waytha Moorthy dan Pengerusi Urimai, Datuk Seri Prof Dr Ramasamy Palanisamy.

BBerkaitan

Latest articles