Pemandu Bas Bawa Murid PASTI Mengaku Terlelap

SERDANG: Faktor keletihan dan tidak cukup tidur dipercayai menjadi punca kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa 30 murid dan lima guru Tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ampang di Jalan Persiaran Universiti 1, Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas berusia 44 tahun itu mengaku terlelap seketika ketika memandu kerana tidak mendapat rehat secukupnya.

“Suspek telah ditahan dan direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut. Saringan awal mendapati pemandu bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol. Punca kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu yang tidak cukup tidur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, bas berkenaan dalam perjalanan pulang dari kilang coklat Beryl’s menuju G2G Animal Garden di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) apabila terbabas sebelum merempuh sebatang pokok kira-kira jam 12.18 tengah hari.

Dalam kejadian itu, seramai tiga murid dan seorang guru mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala akibat terhantuk.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BBerkaitan

Latest articles