Peguam Tak Tolak Dedah Punca Titah Adendum Tertangguh Setahun, Sedia Panggil Saksi Istana

KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak tidak menolak untuk membongkarkan punca mengapa dokumen berkaitan titah adendum daripada Istana Pahang tertangguh lebih setahun untuk dibentangkan.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pihaknya akan memohon perintah ‘discovery’ bagi mendapatkan dokumen lengkap, selain mengemukakan ‘interrogatory’ untuk memaksa pihak lawan memberi penjelasan bertulis mengenai kelewatan tersebut.

“Kami juga berhak memanggil saksi, sama ada melalui afidavit atau kehadiran fizikal, termasuk Tan Sri Tererudin sendiri atau pegawai tertentu yang terlibat, bagi mengesahkan sama ada addendum itu diterima atau tidak,” katanya selepas prosiding di Mahkamah Persekutuan.

Menurut Shafee, dokumen tersebut amat penting kerana ia berkait rapat dengan hak pengampunan penuh Najib, berbeza dengan pengampunan separuh yang pernah diumumkan sebelum ini.

Beliau menambah, walaupun Mahkamah Persekutuan menolak permohonan untuk terus membicarakan merit kes di peringkat tertinggi itu, pihaknya tetap optimis dengan peluang membentangkan fakta baharu di Mahkamah Tinggi.

“Kes ini kritikal, dan kami akan adducing (membawa) semua fakta secara ketat. Matlamat kami adalah untuk memastikan setiap butiran berhubung adendum ini terbongkar,” katanya.

Shafee turut menegaskan bahawa pasukan pembelaan tidak akan menarik balik prosiding terhadap Peguam Negara ketika ini kerana kewujudan adendum menjadikan isu itu lebih relevan berbanding sebelum ini.

BBerkaitan

Latest articles