Malaysia Satu-Satunya Negara Turunkan Harga Petrol

PUTRAJAYA: Malaysia mencatat sejarah apabila menjadi satu-satunya negara di dunia yang berani menurunkan harga petrol untuk rakyatnya ketika ekonomi global berdepan ketidaktentuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penurunan harga RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September ini adalah hasil tadbir urus baik kerajaan meskipun mewarisi beban hutang besar daripada pentadbiran terdahulu.

“Langkah ini adalah penghargaan tertinggi buat seluruh rakyat Malaysia yang tidak pernah lelah bekerja dan berusaha bersama Kerajaan Madani untuk melonjakkan ekonomi negara. Kejayaan ini adalah kekuatan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.

Menurut Anwar, penurunan itu akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera pada 27 September, manakala penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sehari selepas itu.

Pelaksanaan inisiatif tersebut dijalankan menerusi Program Budi Madani RON95 (BUDI95), yang menetapkan siling subsidi 300 liter sebulan bagi setiap warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu sah dan aktif.

Penggunaan MyKad serta rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjadi asas pengesahan agar hanya warganegara layak menerima manfaat, manakala bukan warganegara dikenakan harga RM2.60 seliter.

BBerkaitan

Latest articles