Malaysia Sambut Baik Genjatan Senjatan Hamas-Israel, Langkah Pertama Tamatkan Konflik

KUALA LUMPUR: Malaysia menyifatkan perjanjian genjatan senjata antara Hamas-Israel yang dicapai pada 15 Januari lalu adalah langkah pertama untuk menamatkan konflik selama 15 bulan yang telah mengorbankan banyak nyawa, penderitaan rakyat Palestin dan kemusnahan Gaza.

Kementerian Luar (Wisma Putra), berkata genjatan senjata tersebut akan membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan yang baharu kepada rakyat Palestin.

Menurut kenyataan itu, bantuan itu perlu untuk menyelamatkan nyawa rakyat Palestin di Gaza, terutamanya ketika musim sejuk yang mencabar ini.

“Malaysia memuji Kerajaan Republik Arab Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat serta pengantara masing-masing atas kesungguhan dan komitmen mereka dalam mencapai perjanjian ini.

“Usaha kini perlu ditumpukan kepada pelaksanaan yang berkesan dan sepenuhnya mengikut komitmen yang telah diberikan oleh semua pihak terlibat,” kata dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Wisma Putra turut menyifatkan perjanjian gencatan senjata itu sebagai satu perkembangan yang dialu-alukan.

“Malaysia kekal teguh bersolidariti dengan Palestin dan sentiasa melihat peluang masyarakat antarabangsa untuk bersatu bagi mencari penyelesaian kekal kepada salah satu konflik yang paling lama berlarutan di dunia.

Tambah kenyataan itu, Malaysia sentiasa menyokong hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan mewujudkan sebuah negara yang merdeka serta berdaulat.

Perang yang bermula pada 7 Oktober 2023 telah meragut lebih 46,000 nyawa. Malah, ratusan ribu penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini bergelut menghadapi musim sejuk dalam khemah dan penempatan sementara.

BBerkaitan

Latest articles