Mahkamah Terima Bukti ‘Addendum’ Najib, Arah Prosiding Kes Dipercepat

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan keterangan baharu berbentuk addendum daripada Istana Pahang dimasukkan dalam semakan kehakiman membabitkan Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan, bukti tambahan yang dikemukakan oleh anak lelaki Najib itu akan menjadi sebahagian daripada rekod kes di Mahkamah Tinggi.

“Mahkamah Persekutuan memutuskan addendum itu diterima sebagai keterangan baharu, selain mengarahkan kes ini dikembalikan ke Mahkamah Tinggi dengan hakim baharu dilantik,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurut Shafee, mahkamah turut menetapkan proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi perlu dipercepatkan, dengan semua afidavit difailkan dalam tempoh sebulan sebelum keputusan dibuat selewat-lewatnya dua bulan dari sekarang.

Beliau menjelaskan, keputusan ini akan mempengaruhi strategi pengampunan Najib kerana isu addendum dan pengampunan separuh yang pernah diputuskan sebelum ini perlu diuruskan secara berasingan.

“Kami mahu pastikan tiada percanggahan antara dua perkara ini. Jika pengampunan dibuat semasa isu addendum belum selesai, ia boleh menimbulkan kesan undang-undang yang rumit,” katanya.

Sementara itu, Najib yang mengikuti prosiding dari dalam penjara dilapor berpuas hati dengan arahan mahkamah untuk mempercepatkan kes, walaupun hasrat agar Mahkamah Persekutuan membicarakan merit kes terus di peringkat itu tidak dipenuhi.

BBerkaitan

Latest articles