Lari Dari Sekatan, Polis Kejar Pasangan Kekasih Sejauh 13 Kilometer

MELAKA: Cubaan sepasang kekasih melarikan diri daripada polis berakhir dengan penahanan selepas mereka dikejar sejauh 13 kilometer dalam insiden lewat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, pasangan berkenaan yang menaiki sebuah Perodua Myvi putih telah menarik perhatian polis ketika berada di Kampung Lapan Tengkera.

Ekoran itu, lima unit peronda MPV dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dikerahkan mengejar kenderaan tersebut.

Aksi kejar-mengejar itu berakhir 40 minit kemudian apabila kereta mereka berjaya dikepung di Jalan Teruna 1, Taman Bukit Rambai.

Menurut sumber, dalam cubaan meloloskan diri, kenderaan suspek turut melanggar sebuah kereta lain di kawasan Rumah Awam Datin Fatimah, Tengkera 3, sebelum berjaya dipintas.

Dua individu terbabit, seorang lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 26 dan 28 tahun kemudiannya ditahan.

Siasatan awal mendapati mereka beralamat di Rumah Pangsa Kesidang dan Pangsapuri Sri Siantan, Bukit Baru,m.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, ketika dihubungi memaklumkan bahawa kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas siasatan lengkap diperoleh.

BBerkaitan

Latest articles