KPM: Keutamaan Guru Selamatkan Pelajar Jatuh Asrama Sebelum Maklumkan Keluarga

KUALA LUMPUR: Kelewatan pihak sekolah memaklumkan insiden seorang pelajar tingkatan tiga terjatuh dari tingkat tiga asrama di Sabak Bernam berpunca daripada keutamaan menyelamatkan nyawa mangsa terlebih dahulu.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad berkata, guru dan warden memberi fokus untuk memastikan pelajar dihantar segera ke hospital.

“Dalam keadaan kecemasan, keselamatan pelajar adalah yang paling utama. Selepas mangsa berada di hospital barulah perkara lain difikirkan,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Menurutnya, pelajar berkenaan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh selepas mengalami kecederaan serius di kepala, rahang dan paru-paru.

Beliau menegaskan, Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan siasatan dalaman termasuk dakwaan buli, pergaduhan atau gangguan lain, selain memberi kerjasama penuh kepada polis.

Susulan kejadian, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengarahkan pengetua, penolong kanan serta semua warden sekolah berkenaan ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sehingga siasatan selesai.

BBerkaitan

Latest articles