KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan GV Ride menawarkan perjalanan percuma kepada pengguna bermula 1 Mac hingga 31 Mac ini menerusi Kempen Free Ride Subang, Petaling Jaya dan Kajang.
Kempen ini merupakan sebahagian daripada inisiatif satu juta tempahan percuma yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GVV, Kabeer Singh Maand, promosi itu bertujuan memberi manfaat kepada komuniti, khususnya sempena bulan Ramadan.
“Kami berharap kempen ini dapat meringankan beban masyarakat dan memberi peluang kepada lebih ramai orang yang menikmati perkhidmatan e-hailing yang lebih berpatutan serta fleksibel,” katanya pada majlis pelancaran di Sunway Pyramid, semalam.
Kempen GV Ride dirasmikan oleh Exco Pelaburan & Perdagangan, Pembangunan IKS & Wilayah Ekonomi Baharu, Mobiliti Selangor Ng Sze Han.
Mengulas mengenai kempen itu, Kabeer berkata ia bukan sahaja membantu pengguna menikmati perjalanan tanpa kos, di masa yang sama memperkenalkan GV Ride sebagai alternatif e-hailing yang lebih sempurna.
“Dengan ciri-ciri penjejakan masa nyata, pembayaran tanpa tunai dan sistem bidaan harga yang mesra pengguna m, GV Ride berusaha menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan telus kepada semua,” katanya.
Menurut GV Ride setiap penumpang terhad kepada satu perjalanan percuma setiap hari sehingga had habis digunakan.
Had tambang bagi setiap perjalanan adalah RM30 termasuk tol.
Jika jumlah tambang melebih RM30, penumpang perlu membayar bakim
Promosi ini mempunyai had keseluruhan sebanyak RM500,000.
Dalam pada itu Ng menyifatkan tawaran perkhidmatan percuma di Selangor ini sangat baik dan menggalakkan mengunakan perkhidmatan e-hailing.