Keadaan Semakin Getir, Wisma Putra Gesa Rakyat M’sia Segera Tinggalkan Mesir

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negari menasihatkan semua rakyat Malaysia yang berada di Iran agar segera meninggalkan negara itu melalui apa jua kaedah selamat dan tersedia susulan keadaan yang semakin meruncing.

Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, situasi semasa di negara tersebut adalah sangat tidak menentu dan berpotensi menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal.

“Pada masa ini, Kedutaan Besar Malaysia di Tehran berterusan berhubung rapat dengan semua rakyat Malaysia yang telah berdaftar di Iran.

“Kesemua mereka telah disahkan selamat dan telah dinasihatkan untuk meninggalkan Iran dengan segera. Kedutaan Besar Malaysia akan terus menyediakan bantuan konsular yang diperlukan bagi memudahkan proses perjalanan mereka dari Tehran,” katanya.

Tambahnya, Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, sedang memantau rapi perkembangan keselamatan di Republik Islam Iran.

Usaha itu telah dipertingkatkan susulan tindakan agresif rejim Israel terhadap Iran pada 13 Jun 2025 yang telah memburukkan lagi ketegangan secara ketara di rantau tersebut.

Sekiranya berlaku kecemasan, rakyat Malaysia di Iran boleh menghubungi:
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI TEHRAN, IRAN
Alamat:                 No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb Nombor telefon:                 +98 21 8807 2444, +98 21 8807 8606, +98 933 535 2602
E-mel:                   [email protected] / [email protected]

BBerkaitan

Latest articles