Isu Pendidikan Jangan Dipolitikkan, Fokus Matlamat Sistem Negara

SERDANG: Isu berkaitan pendidikan tidak wajar dijadikan modal politik kerana pendekatan sedemikian hanya mengheret perbahasan ke arah emosi dan polemik melampau, sekali gus mengaburkan matlamat sebenar pembangunan sistem pendidikan negara, tegas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, sebarang perbincangan mengenai pendidikan perlu dinilai secara menyeluruh berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, asas pendidikan serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan, bukan dari sudut kepentingan politik sempit.

Menurutnya, apabila isu pendidikan dipolitikkan, perbincangan objektif akan terjejas kerana didorong emosi dan sentimen.

Zambry berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Peluncuran dan Training of Trainer Perdana Kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum di Universiti Putra Malaysia, hari ini, bagi mengulas perkembangan terbaharu berkaitan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang sebelum ini mencetuskan perdebatan hangat.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan sistem pendidikan negara dibangunkan mengikut keperluan dan acuan Malaysia, justeru setiap isu perlu dinilai dalam konteks sistem sedia ada yang merangkumi pelbagai aliran dan pendekatan.

Katanya, perbincangan mengenai pengiktirafan sijil atau perkara berkaitan pendidikan mesti dibuat secara objektif, termasuk mengambil kira aspek bahasa, sejarah dan asas pendidikan negara.

“Apa yang paling utama ialah memastikan objektif sebenar pembangunan pendidikan negara terus menjadi keutamaan, bukan terperangkap dalam permainan dan emosi politik,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles