Isu Bendera Terbalik: Pemilik Kedai Sedia Disiasat

BERTAM: Pemilik sebuah kedai perkakasan yang tular kerana mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik tampil mengakui kesilapan dan bersedia menerima sebarang tindakan undang-undang.

Pang Chin Tian, 59, berkata beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden yang berlaku Sabtu lalu dan menyerahkan siasatan kepada pihak polis.

Malah, beliau tetap berpegang kepada tradisi memasang Jalur Gemilang setiap tahun sebagai tanda kecintaan terhadap negara, walaupun pernah berdepan insiden serupa sebelum ini.

“Takut itu ada, tapi kita cintakan Malaysia. Tetap mahu pasang bendera walaupun pernah terbalik sebelum ini. Saya serah kepada polis untuk siasat dan apa sahaja keputusan, saya terima. Kalau ada salah, saya tanggung,” katanya.

Susulan kejadian, DAP Pulau Pinang memasang Jalur Gemilang gergasi di premis berkenaan sebagai tanda bendera kini dipasang dengan betul, selain mengedarkan ratusan bendera percuma kepada orang ramai sempena sambutan Hari Kebangsaan.

BBerkaitan

Latest articles