GV Ride Hidupkan Suasana Krismas Dengan Kempen ‘Santa On-The-Go’

SUBANG JAYA: GV Ride memperkenalkan kejutan istimewa sempena sambutan Krismas menerusi inisiatif One-Day-Only Surprise yang berlangsung pada 25 Disember ini di sekitar Subang Jaya.

Tiga pemandu terpilih tampil dengan kelainan apabila mereka menyarung kostum penuh Santa Claus sepanjang operasi, menceriakan para pengguna aplikasi berkenaan.

Sebanyak 40 penumpang bertuah, 4 bagi setiap pemandu terpilih menerima hadiah Krismas istimewa beserta kad ucapan sebagai tanda penghargaan GV Ride kepada komuniti pengguna yang terus menyokong perkhidmatan e-hailing tempatan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif GV Ride, Kabeer Maand, berkata inisiatif ini bukan sekadar membawa kegembiraan kepada pelanggan, malah menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan antara pemandu dan komuniti.

“Musim perayaan adalah waktu terbaik untuk menyebarkan kegembiraan. Kami mahu pengguna merasai pengalaman yang lebih mesra, lebih peribadi, dan penuh kejutan.

“Inilah cara GV Ride menghargai setiap pelanggan yang memilih kami setiap hari,” katanya.

Kabeer berkata diskaun tambang RM10 turut ditawarkan kepada pengguna GV Ride, terhad kepada satu perjalanan sehari bagi setiap individu.

Kabeer juga berkata GV Ride akan terus memperkenalkan aktiviti berbentuk komuniti sebagai usaha menjadikan platform itu lebih dekat di hati rakyat.

“Kami bukan sekadar menyediakan perkhidmatan e-hailing, tetapi mahu menjadi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat.

“Lebih banyak program unik dan mesra komuniti akan kami bawa pada tahun hadapan,” tambahnya.

Sebagai sebahagian daripada perancangan media, GV Ride turut mengadakan sesi pengumuman rasmi melalui sesi fotografi dan kenyataan media, selain menjalankan rakaman foto serta video bersama dua KOL terkenal, dan liputan daripada lima organisasi media yang dijemput khas.

Inisiatif kreatif ini dijangka meningkatkan keterlihatan jenama GV Ride sebagai platform e-hailing tempatan yang dekat dengan komuniti, inovatif dan sentiasa membawa kelainan kepada pengguna.

BBerkaitan

Latest articles