Duda Kena Dakwa Dua Kali Di Mahkamah Berlainan Atas Kesalahan Rogol Remaja

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dihadapkan Ke Mahkamah Sesyen Muar atas kesalahan merogol pelajar yang hilang di Kepong, bulan lalu, sekali lagi ditangkap oleh pasukan polis untuk didakwa di mahkamah Kuala Lumpur berkait kes sama.

Terdahulu tertuduh, Goh Sek Loong, 46, sebelum itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah merogol pelajar itu selepas pertuduhan dikemukakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Malaysia Gazette melaporkan tertuduh yang merupakan seorang duda dan bekerja sebagai prebet sapu itu kemudian diambil pegawai dan anggota polis dari Kuala Lumpur bersabit laporan kes rogol terhadap mangsa sama sebelum ini.

Bagi kes di Mahkamah Sesyen Muar, Sek Loong didakwa merogol remaja yang juga pelajar berusia 15 tahun di sebuah inap desa di Batu Pahat, pada waktu malam, 26 Julai lalu.

Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, bapa mangsa menerima panggilan daripada polis Batu Pahat memaklumkan anak perempuannya hilang pada 23 Julai lalu ditemukan empat hari kemudian.

Laporan polis dibuat kerana bapa mangsa mengesyaki anaknya dirogol tertuduh dan siasatan mendapati, remaja itu menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) tertuduh selepas dihantar datuknya di sebuah sekolah di ibu kota.

Tertuduh membawa mangsa ke sebuah inap desa di Batu Pahat dan ketika di situ, tertuduh melihat mangsa mengelar tangan kerana tertekan sebelum mereka melakukan hubungan seks.

Siasatan mendapati, tertuduh dan mangsa adalah pasangan kekasih sejak tiga bulan lalu dan pemeriksaan pasukan perubatan mendapati ada kesan koyakan lama.

Sementara itu, ketika mengemukakan rayuan, tertuduh beberapa kali menangis memohon maaf kepada mahkamah atas kesalahan itu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama setahun sebaik selesai hukuman penjara.

BBerkaitan

Latest articles