Dr Sathia Prakash Santuni Pelajar Hulu Selangor Menerusi Program Back to School dan Tayangan Papazola

HULU SELANGOR – Ketua Cabang Hulu Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan menganjurkan Program Edaran Back to School untuk anak-anak di kawasan itu bagi menyuntik semangat dan persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu.

Beliau yang juga Penyelaras Parlimen Hulu Selangor dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Selangor berkata inisiatif tersebut antara lain bertujuan membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan.

Katanya pelajar menerima barangan keperluan persekolahan serta cenderahati.

“Program berkenaan diharap dapat menyuntik kegembiraan serta menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan,” katanya.

Tayangan Wayang Papazola, yang melibatkan penyertaan anak-anak dari Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah (PPKKS) serta Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Serendah

Selain itu, Pejabat Penyelaras Parlimen Hulu Selangor turut menganjurkan Program Tayangan Wayang Papazola, yang melibatkan penyertaan anak-anak dari Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah (PPKKS) serta Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Serendah.

Menurut Sathia, program santai berunsur kekeluargaan itu diadakan bagi menyediakan pengalaman hiburan bermakna kepada anak-anak, selain mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak penganjur, pengiring dan komuniti setempat.

“Suasana ceria dan penuh kegembiraan jelas terpancar sepanjang program berlangsung, mencerminkan komitmen berterusan untuk menyantuni serta meraikan kebajikan kanak-kanak di kawasan tersebut,” katanya.

Sathia turut menzahirkan harapan agar program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam membina masyarakat yang penyayang, prihatin dan inklusif.

BBerkaitan

Latest articles