Di Sebalik Desakan, Zahid Tegas UMNO, BN Bersama Kerajaan Perpaduan Hingga Habis Penggal

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) menegaskan komitmen untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran semasa, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan parti itu menarik diri daripada kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendirian tersebut bukan keputusan baharu, sebaliknya telah dimuktamadkan sejak awal pembentukan Kerajaan Perpaduan pada Disember 2022.

Menurut beliau, perkara itu turut disentuh dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO semalam susulan cadangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menggesa parti itu menjadi pembangkang.

Bagaimanapun, Zahid menegaskan tiada sebarang keputusan diambil untuk menerima saranan tersebut.

“Sejak awal lagi, UMNO dan BN berpegang pada prinsip tidak akan ‘menebuk atap’ terhadap kerajaan sedia ada. Kita akan kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga penggal ini berakhir,” katanya.

Beliau menambah, tempoh penggal kerajaan akan berjalan seperti yang ditetapkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan, sambil menegaskan kesetiaan UMNO dan BN terhadap kestabilan politik negara.

BBerkaitan

Latest articles