Bapa Maut Di Tangan Anak Selepas Berbalah

KUALA KRAI: Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun maut selepas dipercayai dipukul oleh anaknya sendiri menggunakan kerusi kayu dalam satu kejadian di kediaman mereka, awal pagi tadi.

Menurut sumber, kejadian tragis itu berlaku kira-kira jam 6.30 pagi dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan.

Siasatan awal mendapati, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum suspek bertindak agresif memukul bapanya dengan kerusi kayu.

“Suspek telah ditahan di rumah mereka sejurus kejadian berlaku,” menurut laporan Berita Harian.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Kes masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya ringkas.

Motif sebenar kejadian masih belum dikenal pasti dan pihak polis dijangka akan mengemukakan permohonan reman terhadap suspek bagi membantu siasatan.

BBerkaitan

Latest articles