Anak Syarikat YTL Land Lancar Residensi Kecapi dan Program Pendidikan Bintang Cemerlang 2.0

KUALA LUMPUR, 3 Mei 2025 – anak syarikat YTL Land and Development Sdn Bhd,Sentul Raya Sdn Bhd (SRSB), hari ini melancarkan program kediaman mampu milik serta memperkasakan pendidikan komuniti B40 di bandaraya melalui pelancaran rasmi Residensi Kecapi, yang turut disusuli dengan pengumuman pelaksanaan program pendidikan Bintang Cemerlang 2.0.

Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, dimana beliau telah emuji pendekatan holistik SRSB dalam usaha pembangunan bandar inklusif yang menekankan kesejahteraan rakyat.

“Ini bukan sekadar soal membina rumah atau melancarkan program – ia soal mengangkat maruah, mencipta peluang dan membawa harapan. Inilah semangat Malaysia Madani yang sebenar – penuh ihsan, inklusif, dan meletakkan rakyat sebagai keutamaan,” katanya dalam ucapannya.

Sebanyak 250 unit Residensi Kecapi ditawarkan pada harga hanya RM42,000 seunit, jauh lebih rendah daripada kos pembinaan sebenar. Kesemua subsidi ditanggung sepenuhnya oleh SRSB, selaras dengan matlamat Dasar Perumahan Negara untuk menyediakan kediaman selamat dan berkualiti kepada golongan berpendapatan rendah.

 

Unit tiga bilik di Residensi Kecapi dijual pada harga RM42,000 kepada pembeli yang layak.

Projek ini juga merupakan sebahagian daripada pelan induk pemulihan bandar Sentul yang lebih luas, bertujuan mengatasi kemerosotan bandar, memperbaiki taraf hidup penduduk serta membina komuniti yang seimbang dan lestari.

Pada masa sama, SRSB turut memperkenalkan Bintang Cemerlang 2.0 — kesinambungan kepada inisiatif pendidikan pertama yang bermula sejak 2008 dan telah memberi manfaat kepada lebih 107,500 individu. Fasa baharu program ini akan merangkumi 23 buah sekolah rendah di sekitar Sentul dengan pendekatan pembelajaran holistik merangkumi akademik, kreativiti dan kesihatan fizikal.

Unit tiga bilik di Residensi Kecapi dijual pada harga RM42,000 kepada pembeli yang layak.

Selain murid, guru juga bakal menerima latihan khas untuk meningkatkan keupayaan dalam membimbing pelajar secara menyeluruh.

“Gabungan projek Residensi Kecapi dan Bintang Cemerlang 2.0 mencerminkan komitmen SRSB untuk membina komuniti yang bukan sahaja mempunyai kediaman berkualiti, tetapi juga ruang untuk berkembang dan maju bersama,” menurut kenyataan syarikat itu.

Menutup majlis, Dr Zaliha menyeru agar lebih banyak pihak swasta tampil berganding bahu bersama kerajaan dalam menjayakan pembangunan bandar yang inklusif dan saksama.

“Marilah kita bersama membina Kuala Lumpur yang moden dan inklusif, sebuah bandar yang dimiliki oleh semua, bukan hanya golongan istimewa,” tegas beliau.

BBerkaitan

Latest articles