PRU DUN Johor, Negeri Sembilan: SPR adakan mesyuarat khas Jumaat ini

​PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu Mesyuarat Khas bagi urusan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor Ke-16 dan Dewan Negeri Negeri Sembilan Ke-16 pada Jumaat ini.

​Unit Komunikasi Korporat SPR dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, mesyuarat khas berkenaan akan bermula jam 10.00 pagi.

​”Satu sidang media akan diadakan sejurus selesai Mesyuarat Khas tersebut bagi memaklumkan butiran lanjut mengenai urusan pilihan raya berkenaan,” katanya.

​Sidang media itu dijadualkan berlangsung pada jam 11:30 pagi di Menara SPR.

​Mesyuarat khas ini dijangka akan membincangkan tarikh-tarikh penting bagi pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN) melibatkan kedua-dua negeri tersebut, termasuk tarikh pusat penamaan calon, hari pengundian awal, dan hari pengundian penuh.

BBerkaitan

Latest articles