Speaker Belum Terima Surat Rasmi Peletakan Jawatan Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan belum menerima sebarang surat rasmi berhubung peletakan jawatan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang.

Ketika dihubungi, beliau memberikan maklum balas ringkas dengan menyatakan perkara itu masih belum dimaklumkan secara rasmi kepadanya.

“Belum (terima surat),” katanya.

Perkembangan itu sekali gus menjadikan kedudukan jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat masih belum dimuktamadkan dari sudut rasmi, meskipun pengumuman mengenainya telah dibuat di peringkat parti.

Ahad lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan bahawa Hamzah tidak lagi memegang jawatan tersebut.

Menurut beliau, susulan keputusan itu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah diarahkan untuk mengemukakan surat rasmi kepada Speaker Dewan Rakyat bagi memaklumkan kekosongan jawatan berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles