Saman Bekas Ketua Hakim – Mahkamah Tolak Rayuan Najib

PUTRAJAYA: Permohonan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghidupkan semula tuntutan saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara (AG), Tan Sri Tommy Thomas ditolak
Mahkamah Rayuan dengan kos hari uni.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Ravinthran N Paramaguru membuat keputusan itu dengan membenarkan kos sebanyak RM12,000 yang dimohon peguam Thomas, Alan Adrian Gomez.

Najib sebelum ini mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 25 November 2022 yang membenarkan permohonan Thomas untuk membatalkan saman bekas Perdana Menteri itu tanpa perbicaraan penuh.

Ravintharan ketika membacakan penghakiman, berkata mahkamah tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Thomas sebagai Peguam Negara ketika itu mempunyai imuniti terhadap saman sivil yang diambil terhadapnya serta tidak boleh diadili.

Bagaimanapun, panel hakim termasuk Datuk Wong Kian Kheong dan Datuk Nadzarin Wok Nordin, mendapati tidak ada salah laku dalam tindakan Thomas kerana beliau tidak mengetuai pendakwaan terhadap Najib dalam empat kes mahkamah terhadapnya.

BBerkaitan

Latest articles