Duda ‘Hantar Makanan’ Dicekup Khalwat Dengan Isteri Orang

KLUANG: Helah seorang duda kononnya datang menghantar makanan terbongkar apabila dia dicekup berkhalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang dalam serbuan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), awal pagi semalam.

Serbuan dilakukan jam 12.30 tengah malam di sebuah rumah teres selepas JAINJ menerima aduan berhubung kehadiran mencurigakan seorang lelaki ke rumah wanita berusia 40-an ketika suaminya bertugas di luar kawasan.

Menurut kenyataan JAINJ, lelaki berusia lingkungan 40-an itu yang tinggal berhampiran didapati meninggalkan motosikalnya jauh dari rumah terbabit bagi mengelak dihidu penduduk setempat.

“Siasatan mendapati lelaki tersebut sudah bercerai beberapa tahun lalu dan mengenali wanita berkenaan ketika berjoging sejak tahun lalu,” kata kenyataan itu.

Ketika pemeriksaan dilakukan, anak perempuan wanita terbabit masih kecil dan sedang tidur di dalam bilik, manakala lelaki tersebut cuba meloloskan diri melalui pintu belakang sebelum ditahan anggota penguat kuasa yang sudah mengepung kediaman berkenaan.

Kedua-duanya kini disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat.

BBerkaitan

Latest articles