Mahkamah Tetapkan 13 Mei Untuk Keputusan Representasi Bekas Bendahari JMB Icon Residence

KUALA LUMPUR: Mahkamah menetapkan 13 Mei depan sebagai tarikh keputusan representasi kes bekas Bendahari Badan Pengurusan Bersama (JMB) Icon Residence, Mont Kiara, Seow Choo Kiong, yang didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada Februari lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Puan Farah Nabihah Muhamad Dan, susulan permintaan peguam C.W. Chan agar mahkamah memberi masa untuk menyemak dokumen berkaitan kes.

Pada Februari lalu, Choo Kiong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam.

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan oleh Juru Bahasa Noor Shazana Mohd Ramlan, Choo Kiong didakwa melakukan kesalahan itu pada 6 Februari sekitar jam 3.15 petang di hadapan rumah No. 3-29-3, Icon Residence, Jalan Dutamas, Sentul.

Dia didakwa menghalang Inspektor Chongchean Tatt, seorang pegawai polis, daripada menjalankan tugasnya, apabila tertuduh enggan memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk menangkapnya sehingga pihak berkuasa terpaksa menggunakan kekerasan.

Peguam tertuduh memohon mahkamah mengenakan ikat jamin lebih rendah sebanyak RM2,000, dengan alasan bahawa tertuduh tidak berniat melawan semasa ditangkap, tetapi keliru kerana polis hadir dengan berpakaian preman.

Chan juga memaklumkan kepada mahkamah mengenai latar belakang keluarga tertuduh.

Pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amritpreet Kaur Randhawa.

Hakim kemudian menetapkan jumlah ikat jamin sebanyak RM2,000.

BBerkaitan

Latest articles