Kanak-Kanak Tercekik ‘Eyeball Candy’ Meninggal Dunia

PULAU PINANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang kritikal selepas tercekik gula-gula ‘gummy’ berbentuk mata pada Selasa lalu disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) malam tadi.

Ibu saudaranya, Siti Farhanim Mohamad Fikri, 33, mengesahkan bahawa Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 malam ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Jenazah akan dibawa pulang ke rumah neneknya di Permatang Binjai, Penaga dan dijangka dikebumikan esok pagi,” katanya.

Sebelum ini, laporan menyebut bahawa Mohamad Fahmi masih berada dalam keadaan kritikal dan tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif selepas kejadian itu.

Sementara itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mensensasikan insiden ini bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap ketenteraman awam serta siasatan yang sedang dijalankan.

BBerkaitan

Latest articles