11 Tahun Jadikan Dua Anak Pemuas Nafsu, Buruh Akhirnya Ditahan, Reman

BATU PAHAT: Seorang buruh sawit hari ini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini kerana disyaki merogol dua anak kandung perempuannya sejak kira-kira 11 tahun lalu.

Suspek dibawa ke Mahkamah Sesyen Batu Pahat pada hari ini dan perintah tahanan reman itu dikeluarkan Nurasidah A Rahman ke atas suspek, 44, bermula hari ini sehingga 27 Jun ini.

Memetik laporan Malaysia Gazette, reman dibuat ke atas suspek bagi membolehkan siasatan yang djalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Terdahulu mangsa yang kini berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol sejak berusia enam tahun dengan kejadian terakhir berlaku bulan lalu manakala adiknya berusia 16 tahun dirogol sehingga 2022.

Kejadian menimpa dua beradik itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kepada salah seorang gurunya sebelum mereka bertindak membuat laporan polis.

Mengikut laporan dibuat, suspek merogol dua anak perempuannya sejak mereka berusia lima dan enam tahun di rumahnya dan juga di pondok kebun sawit.

Siasatan awal polis mendapati, kedua-dua mangsa adalah anak sulung dan kedua suspek dan kejadian dipercayai berlaku ketika ibu mangsa sedang tidur dan tiada di rumah.

Isteri suspek yang juga ibu mangsa berusia  43 tahun tidak mengetahui kejadian itu kerana suspek turut mengugut kedua-dua remaja itu jika memberitahu perkara itu kepada orang lain.

Difahamkan, suspek bersifat baran menyebabkan mangsa ketakutan kerana bimbang dipukul jika tidak menuruti arahannya.

BBerkaitan

Latest articles